Tuesday, December 30, 2008

Pendrive Vs Virus

Kita semua sedar yang kebanyakan virus berpunca daripada pemindahan maklumat. Pemindahan maklumat ini boleh berlaku samada daripada pemindahan melalui internet ataupun pendrive.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana pendrive boleh melawan virus? Ini tidak mustahil kerana kini kita boleh mendapatkan anti-virus khas untuk pendrive. Tak perlu risau mengenai kapasaiti yang digunakan oleh anti-virus ini. Ia hanya menggunakan ruang yang sedikit pada pendrive anda. Lebih berbaloi untuk anda menyediakan sedikit ruang bagi anti-virus ini di dalam pen drive anda daripada anda kehilangan semua data-data penting di dalam pendrive anda.



Antara anti-virus yang dapat melindungi pendrive anda daripada diserang virus ialah McAfee VirusScan USB. Antara kelebihan anti-virus ini ialah ia dapat memastikan pemacu anda tidak memindahkan virus pada PC setiap kali anda menghubungkannya. Pendek kata, ianya melindungi sistem operasi dan maklumat-maklumat kita pada PC.

http://images.mcafee.com/common/media/images/content/products/usb_drive_u3_130x130.jpg


Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi anti-virus yang menyediakan perkhidatan yang sama. Sebagai contoh, Avira AntiVir Personal Edition, Portable ClamWin, Avast! U3 Edition, DriveSentry GoAnywhere dan lain-lain lagi.

Apa yang penting bagi setiap anti-virus ialah virus database. Jadi kekerapan untuk anda update anti-virus anda amatlah penting. Ini adalah sebab virus baru sentiasa sahaja muncul setiap hari. Jadi berjaga-jagalah ketika memindahkan data.

:)

1 comment:

  1. This information is very useful.
    We appreciate your sharing. This includes unboxing and driver downloads, as well as network setup.
    You can connect devices to a wired or wireless network with our assistance.
    You can quickly and easily download the hp smart application with our help.

    123 hp com
    123 hp com setup

    ReplyDelete